CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, November 18, 2009

Panduan Peserta

1. Semua surat rasmi(kerajaan/swasta) semasa cuti akan diberhentikan atas tujuan kesukaran mendapatkan t.tangan kelulusan daripada penasihat dan pengarah program.

2. Selepas perbincangan bersama Majlis Tertinggi Sekreteriat GEMILANG ‘10( Bertarikh 21/10/2009), kami telah memutuskan bahawa setiap peserta diperlukan untuk mendapatkan sebanyak RM 2000.00 dalam jangka masa 1 bulan.

3. Semua wang sumbangan/penajaan akan dikutip semula selepas cuti. Derma wang sahaja (tunai atau cek) boleh mendapat pengecualian cukai. Resit rasmi akan dikeluarkan dengan catatan berikut di belakang:

“Sumbangan derma dikecualikan cukai pendapatan di bawah subseksyen 44(6). Akta Cukai Pendapatan 1967. No. Rujukan : LHDN. 01/35/42/51/179-6.1840”.

4. Semua bayaran berbentuk cek hendaklah dibuat atas nama BENDAHARI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA ( No Akaun: 14032010035630) dan diserahkan terus kepada Pengarah UTM GLOBAL OUTREACH PROGRAM yang seterusnya akan mengemukakan kepada pejabat Bendahari untuk pengeluaran resit rasmi.

5. Sekiranya terdapat apa-apa jua masalah, sila hubungi saya dalam kadar yang seberapa segera (Darren Lai Chai En-0132729091 call/msj).

6. Sila rujuk blog GEMILANG (gemilang09utmkl.blogspot.com) untuk apa-apa pemberitahuan baru atau pertanyaan masalah.

7. Akhir sekali, selamat maju jaya.

Yang Ikhlas,

Darren Lai Chai En

Pengarah Program

GEMILANG ‘10

0 comments: