CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, November 18, 2009

Panduan Peserta

1. Semua surat rasmi(kerajaan/swasta) semasa cuti akan diberhentikan atas tujuan kesukaran mendapatkan t.tangan kelulusan daripada penasihat dan pengarah program.

2. Selepas perbincangan bersama Majlis Tertinggi Sekreteriat GEMILANG ‘10( Bertarikh 21/10/2009), kami telah memutuskan bahawa setiap peserta diperlukan untuk mendapatkan sebanyak RM 2000.00 dalam jangka masa 1 bulan.

3. Semua wang sumbangan/penajaan akan dikutip semula selepas cuti. Derma wang sahaja (tunai atau cek) boleh mendapat pengecualian cukai. Resit rasmi akan dikeluarkan dengan catatan berikut di belakang:

“Sumbangan derma dikecualikan cukai pendapatan di bawah subseksyen 44(6). Akta Cukai Pendapatan 1967. No. Rujukan : LHDN. 01/35/42/51/179-6.1840”.

4. Semua bayaran berbentuk cek hendaklah dibuat atas nama BENDAHARI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA ( No Akaun: 14032010035630) dan diserahkan terus kepada Pengarah UTM GLOBAL OUTREACH PROGRAM yang seterusnya akan mengemukakan kepada pejabat Bendahari untuk pengeluaran resit rasmi.

5. Sekiranya terdapat apa-apa jua masalah, sila hubungi saya dalam kadar yang seberapa segera (Darren Lai Chai En-0132729091 call/msj).

6. Sila rujuk blog GEMILANG (gemilang09utmkl.blogspot.com) untuk apa-apa pemberitahuan baru atau pertanyaan masalah.

7. Akhir sekali, selamat maju jaya.

Yang Ikhlas,

Darren Lai Chai En

Pengarah Program

GEMILANG ‘10

Monday, November 16, 2009

Penajaan GEMILANG

Kepada sesiapa yang berminat untuk memberikan penajaan serta wang sumbangan
kepada UTM Global Outreach Program To Dubai

anda boleh hubungi saya
Darren Lai Chai En
Pengarah Program
0132729091

Saturday, November 14, 2009

Team Building at Agro Semuji Resort,Kuantan





Kenangan kita bersama di Agro Semuji Resort, Kuantan Pahang
Saya dari pihak MT mengucapkan tahniah sebab berjaya menempuhi kursus ini.
Harapan saya pada semua, agar dapat memupukkan lagi semangat kerjasama ini di dalam mencari penajaan. Jangan biar semangat ketika berkursus luput begitu sahaja.
Kepada budak-budak yang menjadi bidan terjun terima kasih banyak-banyak kerana sudi memenuhi ruang, kamu semua boleh aplikasi kan isi kursus untuk kehidupan kamu semua..
Marilah kita sama-sama berdua supaya program UTM Global Outreach to Dubai'10 dapat berjalan seperti yang dirancangkan

REMINDER : Always think positive...

Monday, October 12, 2009

Salam kepada semua peserta

Alhamdullilah..

Akhirnya kami dapat kelulusan dari TNC..

SO

lepas nie kne kerja keras nak dapat target RM207k++ tau...

lagi satu..

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN AKHIR SEM 1 09/10

lepas abih final kne mula gerak kerja GEMILANG...

Sunday, May 17, 2009

Kepada semua peserta

Minta maaf banyak2 sbb sy dh janji nk bagi set surat penajaan dan semua kertas kerja sebelum cuti tetapi banyak masalah yang timbul semasa proses kelulusan tnc kerana ada banyak perubahan tentatif dan peserta. baget pun dh banyak berubah kerana tnc akan ikut sekali n nama dh ditukar kepada utm global outreach program to dubai. setakat ini, proses utk mendapatkan blik gerakan kita sendiri sedang dilakukan.. harap bersabar.. Darren

Wednesday, May 13, 2009

Pertukaran Nama Program

Pada asalnya, program ini bernama Program Delegasi Keilmuan dan Pengantarabangsaan ke Dubai '09(GEMILANG'09)
TNC kita telah meminta kita ubah kan menjadi UTM Global Outreach Program to Dubai (GEMILNAG '10)
Setakat hari ini kita program ini belum lagi mendapat kelulusan dari pihak TNC..
HOWEVER, kita harus bersyukur kerana program ini telah mendapat sponsorship dari pihak yg bermurah hati iaitu sebanyak RM1000. Terima Kasih kpd En. Azri Safwan (Biro Penajaan) telah mendapatkan wang tajaan sebanyak itu..
Walau banyak liku-liku yang dihadapi tetapi pihak MT akan berusaha sekeras yang mungkin utk menjayakan program ini.
Insyallah dengan izin NYA dapat kita menjayakan program ini..
Sama-sama lah kita mendoakan kejayaan ini.

Kepada semua peserta program, jgn la kamu resah pihak MT tidak melupakan kamu. Mereka sedang berusaha tanpa kamu sedari. Insayallah pihak MT akan mengadakan satu perjumpaan dengan kamu semua sebelum buka semester 1 09/10

Saturday, May 2, 2009

1st post